Kepada
Semua Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu mempersilakan semua pemimpin dan ahli pengakap Negeri tuan ke jambori ini.
Tema Jambori : EKSPLORASI WARISAN
Tarikh : 19 hingga 25 November 2011
(Pendaftaran 19 Nov.2011; Turun khemah pagi 25 Nov. 2011)
Lokasi : Kem Pengakap Telaga Batin, Kuala Terengganu.
Peserta :
Pemimpin, Pengakap Kelana, Pengakap Remaja dan Pengakap Muda lelaki dan perempuan.
Setiap 10 orang ahli pengakap diiringi oleh seorang pemimpin pengakap.
Semua penyertaan hendaklah melalui Kontinjen Pengakap Negeri masing-masing.
Penyertaan persendirian atau tidak melalui Kontinjen Negeri tidak dibenarkan.
Keperluan : Semua Kontinjen hendaklah menguruskan sendiri pengangkutan ke Kem Telaga Batin, bahan dan alatan untuk makan-minum, khemah, ubat-ubatan kontinjen/peribadi, insuran setiap ahli kontinjen.
Aktiviti : Aktiviti Kemahiran, Litar Berhalangan, Aktiviti Air, Lawatan, Forum, Radio Amatur, Permainan Tradisional, Kraftangan, Lawatan & Kembara Bandar, dsb.
Aktiviti Pertandingan : Kreativiti Pintu Gerbang Kontinjen dan Persembahan Negeri.
Tarikh Tutup Permohonan : 30 JUN 2011
Saya yang menjalankan tugas,
(HAJI OTHMAN BIN ISMAIL, AMT.PJK.lt.)
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Negeri Terengganu Darul Iman.
2 weeks ago
0 comments:
Post a Comment